Ape dah jadi ni...asyik melompat je keje...macam katak. dulu dok zon A,pastu lompat ke zon B,sekarang lompat balik zon A..hm..nak main tarik tali kot...tak tahu la siapa pengarah di sebalik tabir dalam drama yang bertajuk "lompat si katak lompat" ini...
Apa agaknya pandangan penonton kita terhadap drama ini????....mungkin ada yang beranggapan bahawa si "pelompat ini tak ada perdirian,macam lalang yang di tiup angin,seorang penderhaka terhadap ketua nya atau bermacam-macam lagi tanggapan buruk dari pihak penonton
Tidak sedarkah pelakon-pelakon seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah yang ‘kurang aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dan dalam...
Namu begitu,tiada siapa yang tahu ape yang berlaku di sebalik tabir sebenarnya...mungkin drama ini di lakonkan kerana mempunyai kepentingan2 tertentu. mungkin Pelakon di paksa melakukan babak-babak yang menjijikkan walaupun pelakon itu sendiri tahu yang aksinya itu akan meyebabkan penonton berasa benci yang amat terhadapnya.Namun apakan daya,pelakon itu hanya mencari nafkah untuk menyara hidupnya...tak berdaya untuk membantah...apabila hendak melawan.maka pisau akan di letakkan di lehernya....
Kalau lah kita berada di tempat atau situasi yang yang pelakon itu hadapi..apakah kita mampu melawan..??? atau kita akan menjadi Pak turut nya semata-mata......tepuk dada,tanya hati masing2....
Alangkah Malangnya..bak kata pepatah,habis madu sepah di buang...apabila actor sudah tua,sudah tak laku,sudah tak diperlukan,sudah habis madunya maka tak akan berguna lagi...penerbit akan mencari pelakon lain yang lebih bagus,yang lebih berbakat,berwibawa untuk memikul tanggungjawab sebagai pelakon ini....Mungkin lebih malang lagi pelakon yang sudah "monopos" itu akan disingkirkan dengan menggunakan tipu muslihat yang kejam yang di ilhamkan oleh iblis laknatullah.....
Itulah resam dunia..bukan hendak mengumpat,tapi itulah hakikatnya yang berlaku....untuk lebih jelas lagi lihatlah apa senario yang berlaku di negara kita ini..fikir-fikirkan lah...
Ingat lah, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam." (Surah Al An�aam: Ayat 45)
0 comments:
Post a Comment