Sunday, February 8, 2009

Apakah Hukum Lompat Parti & ‘Double Standard' Berkenaannya ?

impinan PR mengamalkan sikap ‘double standard' ; kerana bila dahulu dikempen dan diusahakan lompatan 16 September 08, dipersetujui mereka, namun bila berlaku di Perak, mereka kutuk dan kecam. Bermakna, lompat masuk PR adalah terpuji, tetapi lompat masuk BN adalah celaka dan khianat. Adakah wajar ?

Dari sudut Islam pula, Majlis Fatwa Kebangsaan wajar membincangkan dan menetapkan fatwa berkait hukum wakil rakyat melompat parti. Jika bimbang Majlis Fatwa tidak telus dalam hal ini, mungkin boleh diperolehi bantuan kepakaran dan ketelusan Majlis Ulama Indonesia. Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS, ulama UMNO dan PKR turut wajar membincangkannya masing-masing.
Oleh kerana saya belum menemui perbincangan mengenainya kecuali tulisan umum dan bersifat ‘surface', saya suka berkongsi beberapa perbincangan awal dan ringkas berkenaannya. Tulisan ini tentunya tidak lengkap dan sangat boleh diperdebatkan, tapi harapnya ia boleh dijadikan buah awal untuk perbincangan dan difikirkan bersama. Saya cuba bersikap berkecuali dalam tulisan ini selaku ahli akademik

Bayangkan, amat kucar kacir, lucu dan menariknya sejarah politik Malaysia jika tiba-tiba ada YB BN tiba-tiba melompat parti pula selepas ini. Menjadikan MB yang baru angkat sumpah terpaksa batal pula, sehingga terpaksa angkat sumpah MB baru lagi, tiba-tiba selepas sebulan, seorang YB dari Pakatan lompat kepada BN pula, maka terpaksa angkat sumpah lagi dan beterusan adegan ‘kartun' ini.

Reaksi rakyat adalah pelbagai menjelang 16 September 2008 yang lalu, ada yang : -

· mencela ‘lompat' sebagai keji, tidak bermoral dan khianati pengundi

· tidak bersetuju tetapi tidak begitu membantah,

· ada yang tidak bersetuju tetapi menyerahkan kepada keadaan

· ada yang bersetuju, tetapi kurang selesa,

· ada yang sangat setuju,

· ada yang masih konfius dan mengikut keputusan pimpinan masing-masing tanpa berfikir.



Di petik dari laman web zaharuddin.net..

Thursday, February 5, 2009

GEJALA RASUAH DAN KESANNYA

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat.

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.


Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka


maka,berusahalah dengan sedaya upaya kita untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan situasi di atas

Lompat si katak lompat

Ape dah jadi ni...asyik melompat je keje...macam katak. dulu dok zon A,pastu lompat ke zon B,sekarang lompat balik zon A..hm..nak main tarik tali kot...tak tahu la siapa pengarah di sebalik tabir dalam drama yang bertajuk "lompat si katak lompat" ini...

Apa agaknya pandangan penonton kita terhadap drama ini????....mungkin ada yang beranggapan bahawa si "pelompat ini tak ada perdirian,macam lalang yang di tiup angin,seorang penderhaka terhadap ketua nya atau bermacam-macam lagi tanggapan buruk dari pihak penonton

Tidak sedarkah pelakon-pelakon seperti yang disebut di atas, betapa hina mereka di sisi mata orang ramai?. Atau terlalu bodohkah orang ramai di mata mereka.? sehingga boleh didatangkan dengan hujjah-hujjah yang ‘kurang aqal', lalu tersenyum lebar menyangka semua orang masih menghormatinya luar dan dalam...

Namu begitu,tiada siapa yang tahu ape yang berlaku di sebalik tabir sebenarnya...mungkin drama ini di lakonkan kerana mempunyai kepentingan2 tertentu. mungkin Pelakon di paksa melakukan babak-babak yang menjijikkan walaupun pelakon itu sendiri tahu yang aksinya itu akan meyebabkan penonton berasa benci yang amat terhadapnya.Namun apakan daya,pelakon itu hanya mencari nafkah untuk menyara hidupnya...tak berdaya untuk membantah...apabila hendak melawan.maka pisau akan di letakkan di lehernya....

Kalau lah kita berada di tempat atau situasi yang yang pelakon itu hadapi..apakah kita mampu melawan..??? atau kita akan menjadi Pak turut nya semata-mata......tepuk dada,tanya hati masing2....

Alangkah Malangnya..bak kata pepatah,habis madu sepah di buang...apabila actor sudah tua,sudah tak laku,sudah tak diperlukan,sudah habis madunya maka tak akan berguna lagi...penerbit akan mencari pelakon lain yang lebih bagus,yang lebih berbakat,berwibawa untuk memikul tanggungjawab sebagai pelakon ini....Mungkin lebih malang lagi pelakon yang sudah "monopos" itu akan disingkirkan dengan menggunakan tipu muslihat yang kejam yang di ilhamkan oleh iblis laknatullah.....

Itulah resam dunia..bukan hendak mengumpat,tapi itulah hakikatnya yang berlaku....untuk lebih jelas lagi lihatlah apa senario yang berlaku di negara kita ini..fikir-fikirkan lah...

Ingat lah, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud :

"Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam." (Surah Al An�aam: Ayat 45)

Ong Bak 2 : aksi yang mengujakan penonton

filem aksi ini muncul kembali dengan pelakon terhebat thailand,Tony Jaa..filem yang di nantikan oleh peminat muay thai kini rancak ditayangkan di pawagam malaysia....

Aku dah tengok movie ni.....best yang amat...opps..jgn salah faham...aku download kat internet citer ni..tak yah masuk panggung..huhuhu

kepada penggemar seni mempertahankan diri ,jangan lupa menonton filem ini...setiap babak mengandungi aksi yang menarik..

sedikit sinopsis...,mengisahkan seorang anak panglima perang yang menuntut bela ke atas kematian orang tuanya yang menjadi mangsa kekejaman pemerintah pada zaman itu..selepas belajar ilmu mempertahanka diri,(muay thai),akhirnya dia kembali untuk membalas dendam terhadap orang tuan nya...

jgn lupa menonton citer ini....korang download je citer ni...kat www.syok.org

Wednesday, February 4, 2009

Kembali menulis

Alhamdulillah......setelah sekian lama aku menghilangkan diri dari dunia blog yang pernah aku pelopori ini..akhirnya...aku kembali ke dunia pemblogan...dengan azam yang baru...dengan semangat juang yang jitu....setelah bersusah payah berusaha untuk melepaskan diri dari kekangan-kekangan yang memang tak dapat aku atasi...Antara kekangan2 ialah...masalah broadband,wireless maktab yang slow gile2,masalah pelupa yang amat tentang I.D e-mail password yang aku create....akhirnya...sume dapat di atasi..


Ini adalah blog terbaru yang pernah aku hasilkan....ini juga blog ke 3 aku...huhuhuu...
sebab semua blog yang lepas yang aku create kehilangan kata laluan akibat kecuaian manusia yang pelupa....

Buat semua kawan...Insyallah....kita akan berdiskusi lagi selepas ini di dunia pemblogan ini...

TAKBIR.......ALLAHU AKBAR

Tuesday, February 3, 2009

assalamualaikum

alhamdulillah...
kita berjumpa lagi...